UJIAN PERMATApintar UKM1. KEMPEN 1Hari 1Sekolah 1Pelajar. Sila beritahu kawan disebelah anda mengenai PERMATApintar!
Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web PERMATApintar ini. Ujian ini mengandungi 148 soalan yang memerlukan pelajar berfikir untuk menjawab sehingga lengkap. Jangka masa seseorang untuk menjawab adalah antara 1 hingga 3 jam. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci.
Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.
*Nota: Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
One Response to "PERMATA PINTAR"