PUSAT SUMBER

Posted by yyusne Sunday, April 15, 2012, under | 0 comments

EN.ABDUL WAHAB B. HAMZAH
PENYELARAS MEDIA (2013)


Sebagai sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran, Pusat Sumber Sekolah telah memperluaskan lagi peranannya untuk memberikan maklumat-maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran. Peluang untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan perkhidmatan ini bukan sahaja terhad di dalam bilik perpustakaan atau bilik- bilik khas, tetapi juga boleh didapati di mana- mana kawasan sekolah. Setiap sudut, ruang atau bilik yang memberikan maklumat dianggap sebagai Pusat Sumber. Oleh itu, setiap warga sekolah telah memainkan peranan untuk membangunkan Pusat Sumber kerana membangunkan Pusat Sumber bermakna membangunkan seluruh warga sekolah.

Peluang yang seluas-luasnya telah diberikan kepada para pelajar untuk mengukuhkan lagi penguasaan kemahiran dan maklumat. Dengan ini matlamat ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat akan tercapai. Matlamat ini sesuai sekali dengan misi sekolahkondusif iaitu mewujudkan sekolah sebagai Zon Pembelajaran Kondusif ke arah mengembangkan potensi , menjana kemahiran dan keterampilan pelajar dengan ciri- ciri dinamik bagi melahirkan warga negara yang matang, berfikiran terbuka, berdaya saing, berpengetahuan, prihatin, berperibadi mulia , saling menghormati, mempunyai hala tuju dan pemikiran futuristik.




One Response to "PUSAT SUMBER"

CARA DAFTAR E-MAIL

DAFTAR FACEBOOK