Latest News
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

PENDAFTARAN UPSR 2010

Posted by yyusne Saturday, January 9, 2010, under | 0 comments
Pra-Pendaftaran UPSR dan PMR 2010 menggunakan Sistem Pendaftaran Online dibatalkan. Pendaftaran UPSR dan PMR 2010 akan dilaksanakan dengan menggunakan Sistem Pendaftaran (offline) seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sebarang informasi bolehlah dirujuk pada laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di laman www.lpm.gov.my

PERMOHONAN SBP

Posted by yyusne Wednesday, October 28, 2009, under | 0 comments
Alhamdulillah!proses permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP secara online telah selesai dilakukan sebelum tarikh tutup permohonan 15hb Oktober 2009.Terima kasih diucapkan kepada Mohd Adib Kamalodin yang telah membantu dalam urusan permohonan juga kepada para pelajar yang memohon.Bilangan pelajar yang memohon adalah seramai 24 orang dan kebanyakkannya memilih SM Sains Bagan Datoh dan SM Sains Teluk Intan sebagai sekolah pilihan utama.Kepada para pelajar yang memohon diminta sentiasa membuat semakkan permohonan bermula pada pertengahan cuti akhir semester dipautan yang disediakan dengan cara 'log in' menggunakan angka giliran UPSR.Semoga keputusan UPSR yang bakal keluar dapat melayakkan para pelajar untuk memasuki ke SBP.Bagi permohonan ke SMKA/KAA proses permohonan telah mula dilakukan dan guru yang bertanggungjawab adalah Ustaz Suhaimi Samuri.Manakala bagi permohonan MRSM adalah tanggungjawab pelajar sendiri memohon setelah mendapat keputusan dengan berurusan di Pejabat Mara Daerah.

PEMOHONAN SBP 2010

Posted by yyusne Wednesday, August 12, 2009, under | 0 comments


Pemohonan kemasukan ke sekolah berasrama penuh bagi tahun 2010 telah mula dibuka secara permohonan atas talian.Ibubapa dan pelajar boleh membuat pilihan sekolah yang ingin dipohon.Panduan dan borang permohonan telah dimuat naik dalam blog ini.Sebarang kemusykilan dan masalah bolehlah berhubung dengan pihak sekolah (setiausaha kurikulum).

PERTUKARAN JURU TEKNIK KOMPUTER

Posted by yyusne Tuesday, July 21, 2009, under | 0 comments
Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru kepada Cik Nurhayati bt. Isa.Ucapan terima kasih juga kepada Cik Nurhayati atas kerjasama yang diberikan sepanjang bertugas di SK.Hutan Melintang.

LADAP SIRI 2

Posted by yyusne Friday, July 10, 2009, under | 0 comments
TARIKH : 11HB. JULAI 2009 (SABTU)
MASA : 08.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER 2 SKHM
SLOT : CARA MENANGANI STRESS
PENCERAMAH : TN.HJ.KAMALODIN B. MOHAMAD

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang dapat menghadirkan diri dalam program LADAP Siri 2.Semoga anda tidak lagi stress selepas mengikuti siri ini.Selamat berkursus.

Penjawat Awam Dilarang Sembang Guna Internet

Posted by yyusne Tuesday, June 16, 2009, under | 0 comments
KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam di negara ini dilarang melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet termasuk aktiviti sembang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan dan ia boleh dicapai di laman web www.mampu.gov.my.

"(Langkah) ini sebagai panduan kepada penjawat awam terhadap penggunaan kemudahan Internet," kata Najib dalam jawatan bertulis bagi menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat semalam.

Antara larangan tatacara penggunaan Internet yang dijelaskan oleh Perdana Menteri itu merangkumi memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen.

Selain itu, katanya, penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board.

Perdana Menteri juga melarang penjawat awam menggunakan kemudahan sembang, menggunakan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersial dan politik.
petikan akbar kosmo

p/s:pekeliling boleh dimuat turun di sini

http://www.mampu.gov.my/mampu/pdf/pkpa012003.pdf

Support Ticketing Systems

Posted by yyusne Monday, June 15, 2009, under | 0 comments

About Support Ticketing Systems (STS)

With Support Ticketing Systems, BTP have leverage the flexibility to achieve enterprise-level performance, service level reporting, and operational efficiency.

Support Ticketing Systems (STS) provides:

  • A browser-based interface
  • Performance monitoring
  • System administration
  • Management reporting

Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Posted by yyusne , under | 0 comments
Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.


CARA DAFTAR E-MAIL

DAFTAR FACEBOOK