PUSAT AKSES

Posted by yyusne Wednesday, April 11, 2012, under | 0 comments
Pusat Akses SKHM mula beroperasi pada tahun 2006 (RMK 9)

1. PUSAT AKSES SEKOLAH
Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan 'cyber cafe'. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebadai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

2. MATLAMAT PUSAT AKSES

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan komputer (contact hours) oleh murid

3. OBJEKTIF PUSAT AKSES

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlumat
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiridengan lebih berkesan
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

4. AKTIVITI MURID DI PUSAT AKSES

Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:

  • Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-learning)
  • Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
  • Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
  • Berkolaborasi dengan murid lain
5. PERALATAN ICT PUSAT AKSES
Sekolah dibekalkan dengan peralatan 10 komputer dan satu pencetak.Peralatan tersebut akan dirangkaikan dengan rangkaian setempat.

6. WAKTU BEROPERASI
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

One Response to "PUSAT AKSES"

CARA DAFTAR E-MAIL

DAFTAR FACEBOOK