PERMATA PINTAR 2

Posted by yyusne Tuesday, July 20, 2010, under | 0 comments
Pengetua / Guru Besar
SMK / SABK /SK / SJKC / SJKT,
Sekolah seperti dalam Lampiran

Tuan,

PENETAPAN TARIKH DAN PUSAT UJIAN PERMATAPintar UKM2

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan itu, dilampirkan senarai nama murid yang layak untuk menduduki Ujian UKM2 di sekolah tuan/puan. Jabatan Pelajaran Negeri Perak memohon pihak tuan/puan untuk memaklumkan ibubapa dan murid tersebut berkaitan perkara ini. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dimaklumkan:

i- Ibubapa perlu menghantar sendiri murid ke pusat ujian.
ii- Murid hanya perlu membawa kad pengenalan diri (MYKAD/MYKID/sijil lahir)
iii- Murid perlu hadir ke pusat ujian tepat pada masa yang ditetapkan.
iv- Bagi murid berumur 8 tahun beragama Islam perlu diiringi ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali kerana mereka akan ditemuduga semasa ujian UKM2 sedang berjalan.
v- Murid berumur 8 tahun beragama Islam akan menduduki ujian bertulis USIM1 sejurus selepas ujian UKM2 selesai.
vi- Segala perbelanjaan ke pusat ujian adalah dibawah tanggungjawab ibubapa.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



(ABD. MAJID BIN YUSOF, AMN., AMP.)
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pelajaran Perak.
b.p Pengarah Pelajaran Perak.

One Response to "PERMATA PINTAR 2"

CARA DAFTAR E-MAIL

DAFTAR FACEBOOK