PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Posted by yyusne Friday, October 30, 2009, under | 0 comments

Semalam (30/10/09) telah bermula program perkhemahan tahunan unit beruniform sekolah yang pada awalnya dirancang diadakan di Ulu Chepor,Chemor tetapi telah dipinda ke sekolah atas arahan JPN bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini seperti yang berlaku sewaktu perkhemahan 1Malaysia yang diadakan di SK.Kuala Depang.Walaupun perkhemahan ini diadakan di sekolah namun cabaran dalam mengikuti program tetap ada,dimana para peserta terpaksa melalui program dalam cuaca yang agak mendung dan hujan telah turun lebat pada tengah malam menyebabkan khemah peserta dibanjiri air.Pihak urusetia terpaksa mengarahkan para peserta lelaki yang tidur di dalam khemah berpindah ke dalam kelas,pada waktu itu suasana agak mencemaskan kerana hujan lebat beserta kilat dan air sudah menenggelamkan kaki lima sekolah.Pada waktu berita ini ditulis para peserta masih lagi mengikuti program perkhemahan bagi aktiviti pertandingan memasak. .....
Ketika berita ini disambung (8.30 pm 31/10/09)...program perkhemahan telah pun selesai dan para peserta telah kembali ke rumah masing-masing.Pada majlis penutup telah disampaikan hadiah bagi beberapa pertandingan yang telah dijalankan.
1. Kawad - Johan -Pasukan Pengakap
2. Khemah/Gajet - Johan - Pasukan Pengakap
3. Memasak - Johan - Platun 10 P.Islam
4. LDK - Johan - Pasukan PBSM
5. Persembahan - Pasukan PBSM

One Response to "PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM"

CARA DAFTAR E-MAIL

DAFTAR FACEBOOK