MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

Posted by yyusne Wednesday, April 11, 2012, under | 0 comments
Makmal Komputer SKHM mula beroperasi pada tahun 2002 (Fasa 2)

Matlamat

1. Mewujudkan kalangan murid yang celik komputer.

2. Meningkatkan pencapaian teknologi dikalangan murid –murid.

3. Melahir dan memupuk perasaan tanggungjawab terhadap pentingnya mempelajari bidang ICT supaya tidak ketinggalan zaman.

4. Membantu murid meningkatkan pengetahuan komputer dan memupuk sikap positif terhadap ICT dan perkomputeran.

Objektif

1. Mempertingkatkan tahap pengetahuan murid-murid terhadap ICT dan komputer.

2. Memastikan murid-murid memahami asas komputer dan cara mengendalikannya dengan cara yang betul.

3. Memastikan murid mahir perisian-perisian asas yang dapat membantu murid dalam pembelajaran.

4. Mengaplikasikan pengetahuan perkomputeran dalam kaedah pembelajaran.

5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri dalam proses membuat keputusan bijak dalam kehidupan.


Objektif Penubuhan Makmal dan Kelab Komputer Sekolah adalah untuk :

  • Meningkatkan literasi komputer di kalangan pelajar.
  • Menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer.
  • Menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengatucaraan komputer kepada pelajar dan guru.
  • Menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan pelajar antara kelab dan individu dalam masyarakat.
  • Menggalakkan penyertaan , kerjasama dan motivasi dalam proses pembelajaran
  • Menggalakkan penggunaan komputer untuk membantu aktiviti sekolah dan masyarakat.
  • Membantu pelajar berhadapan dengan kehidupan yang semakin berorientasikan komputer.
  • Memupuk sikap yang positif dan mengurangkan kekeliruan mengenai penggunaan komputer dalam kehidupan.
  • Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pendidikan komputer dengan menggalakkan penggunaan komputer secara positif.

One Response to "MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH"

CARA DAFTAR E-MAIL

DAFTAR FACEBOOK